Muzz logo

Tempat orang Muslim bertemu

App Store iconGoogle Play icon
Continue to main content arrow

500,000 kejayaan

15 juta Muslim

Aplikasi yang menghubungkan umat Islam di seluruh dunia

Tempat orang Muslim bertemu

Kami ialah aplikasi temu janji dan perkahwinan Muslim terunggul dengan lebih daripada 15 juta Muslim bujang yang mencari cinta.

Kami berbeza daripada aplikasi janji temu yang lain. Kami mencipta Muzz untuk membantu Muslim bujang mencari pasangan sempurna mereka sambil menghormati kepercayaan agama mereka. Ucapkan selamat tinggal kepada CV biodata yang membosankan dan makcik-makcik yang suka memaksa! Kami menyatukan lebih daripada 500 pasangan Muslim bahagia setiap hari dan meraikan lebih daripada 600,000 kisah kejayaan Muslim di seluruh dunia.

Adakah anda yang seterusnya? Muat turun aplikasi dan mula bertemu dengan orang bujang Muslim hari ini!

Muzz mockup image chat

Sembang secara percuma

PERCUMA sahaja untuk melihat profil, padanan, sembang & kahwin di Muzz.

Muzz mockup image video_calling

Panggilan Video percuma

Anda pilih siapa yang boleh ditelefon tanpa perlu kongsikan nombor telefon.

Muzz mockup image voice_intros

Pengenalan Suara & Video Profil

Tunjukkan personaliti anda dan tonjolkan diri daripada orang lain dengan menambahkan Pengenalan Suara & Video Profil pada profil anda.

Muzz mockup image complete_privacy

Privasi Sepenuhnya

Sembunyikan foto anda dan gunakan nama panggilan untuk kekal awanama daripada rakan dan keluarga.

Muzz mockup image screenshot

Gambar anda milik anda. Sebarang tangkap layar tidak dibenarkan!

Anda tidak dibenarkan untuk tangkap layar foto pada aplikasi. Di Muzz, kami mahu anda berasa selamat tanpa perlu risau gambar anda jatuh ke tangan orang yang tidak dikenali. Ini termasuk rakaman layar!

Apa yang dikatakan oleh ahli kami

Review Stars

Cara ideal dan halal untuk bertemu calon pasangan.

Lulud Oktaviani

Lulud Oktaviani

Review Stars

Ini adalah tempat yang indah untuk bertemu wanita secara halal.

Bassy Bruno

Bassy Bruno

Review Stars

Saya jatuh cinta dengan aplikasi ini.

Rabia Shahab

Rabia Shahab

App Store iconGoogle Play icon
Muzz mockup image selfie_verification

Pengesahan Selfie

Kesemataan anda dijamin dengan semua profil disahkan menggunakan Pengesahan Selfie, pengesahan SMS dan pemeriksaan lokasi.

Muzz mockup image filters

Penapis Agama

Tapis orang Muslim di kawasan anda melalui mazhab, kaum, bilangan waktu mereka bersolat dan banyak lagi.

Muzz mockup image chaperones

Wali

Anda juga boleh menyertakan Wali bersama dalam perbualan anda agar fikiran anda lebih tenang.

Muzz mockup image gold

Emas Muzz

Berkahwin lebih cepat dengan Emas Muzz. Ini membolehkan anda menyesuaikan carian anda dengan lebih tepat dan menyemak imbas tanpa had.

Sudah bersedia untuk mencari pasangan Muslim anda?

We’ve been featured in

The Financial TimesGQThe BBCTechCrunchMensHealthThe New York TimesThe TimesTheThe Evening StandardCosmopolitanKonbiniLe Figaro

Untuk pertanyaan media, email ke [email protected]

Kisah Terkini

Article thumbnail

4 Doa untuk Jodoh Sepanjang Ramadan

Bulan Ramadan merupakan bulan yang penuh dengan barakah dan rahmat daripada Allah, di mana doa-doa hamba-Nya lebih mudah dimakbulkan. Bagi anda yang sedang ikhtiar untuk mencari pasangan hidup atau ingin memohon petunjuk daripada-Nya tentang perkahwinan, gunakan waktu ini sebaiknya.

Berikut antara empat (4) doa yang boleh diamalkan sepanjang bulan Ramadan dalam mencari hidayah dan pertunjuk daripada Allah untuk mencari jodoh yang baik. 

Doa Pasangan Sakinah (Surah Al-Furqan, ayat 74)

وَٱلَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَٰجِنَا وَذُرِّيَّٰتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَٱجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Rabbanaa hab lanaa min azwaajinaa wa dzurriyyaatinaa qurrata a’yun, waj’alnaa lilmuttaqiina imaamaa.

Maksud: “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa.”

Doa Memohon Kebaikan (Surah Al-Qasas, ayat 24)

​رَبِّ إِنِّي لِمَا أَنزَلْتَ إِلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيرٌ

Rabbi innii limaa anzalta ilayya min khairin faqiir.

Maksud: “Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang kebaikan (rezeki) yang Engkau turunkan kepadaku.”

Doa Minta Jodoh untuk Wanita

رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ زَوْجًا طَيِّبًا أَخْطُبُهَ وَأَتَزَوَّجُ بِهِ وَيَكُوْنُ صَاحِبًا لِى فِى الدُنْيَا وَالْأَخِرَة

Robbi hablii milladunka zaujan thoyyiban wayakuuna shoohiban lii fiddini waddunya wal aakhiroh

Maksud: “Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku suami yang terbaik dari sisi Mu, suami yang juga menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia, dan akhirat.”

Doa Minta Jodoh untuk Lelaki

رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ زَوْجَةً طَيِّبَةً أَخْطُبُهَا وَأَتَزَوَّجُ بِهَا وَتَكُوْنُ صَاحِبَةً لِى فِى الدُنْيَا وَالْأَخِرَةِ

Robbi hablii milladunka zaujatah thoyyibah akhtubuhaa wa atazawwaju biha watakunu shoohibatan lii fiddini waddunyaa wal aakhiroh.

Makdsud: “Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku isteri yang terbaik dan sisi Mu, istri yang aku lamar dan nikahi dan isteri yang menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia dan akhirat.”

Sesungguhnya salah seorang individu yang Allah tidak akan menolak doanya adalah mereka yang sedang berpuasa. Ikhlaskan hati, percaya pada-Nya dan berdoa dengan penuh tawaduk. Insyallah Allah kurniakan apa yang terbaik buat umat-Nya.

Article thumbnail

Struggle Sahur Single? Tips Bangun Sahur #AntiGagal

Sahur itu adalah satu sunnah yang diamalkan oleh Rasulullah SAW kerana sesungguhnya ada keberkatan dalam sahur itu sendiri. Kita juga digalakkan untuk melewatkan sahur dan berhenti sebaik sahaja mendengar azan subuh berkumandang. 

Tapi, untuk para bujang dan singles untuk bersahur sendiri boleh jadi cabaran yang besar. Antara masalah yang confirm ada adalah terlajak sahur, tak ada makanan, atau tak cukup motivasi nak bangun. 

Team Muzz dah try tips untuk tak skip sahur selama seminggu dan alhamdulillah memang #antigagal.

Tip 1: Group Whatsapp “Geng Kejut Sahur”

Mesti antara kawan-kawan korang ada yang jenis sekali alarm je terus bangun, kan? Masa-masa macam ni korang perlukan kawan-kawan macam tu. Bincang dengan kawan korang susah bangun atau selalu terlajak sahur dan buat satu group WhatsApp. Kemudian, masing-masing share waktu bangun sahur yang menjadi kebiasaan. Mungkin Aiman bangun pukul 5:15 pagi ataus Yusuf jenis bangun 5:05 pagi.

Siapa yang dah bangun sahur terus message dalam group yang korang dah bangun untuk sahur. Kalau lah dah lepas waktu kebiasaan kawan korang bangun tu, masing-masing boleh call untuk kejutkan (wake-up call). Nampak simple tapi tips ni yang paling banyak bantu jenis terlajak sahur. 

Tip 2: “Sahur Emergency Kit” Tepi Katil 

Tak dinafikan, nak bangun pukul 5 pagi tu boleh jadi perkara yang agak mencabar especially yang tidur lewat atau standby kerja sehingga lewat malam. Kalau korang jenis yang kena minum atau makan sikit kalau tak lemau seharian, wajib kena ada “sahur emergency kit” ni. 

Standby kurma dengan air dekat tepi katil siap-siap – itulah emergency kit nya. Bukan kurma sahaja tapi kacang, roti atau overnight oat yang korang buat untuk sahur – letak je tepi katil insyallah sempat nak makan.

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh “Amr bin al-‘As RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

فَصْلُ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِ، أَكْلَةُ السَّحَرِ

Maksudnya: Perbezaan antara bagi puasa kita dan puasa ahli kitab adalah dengan makan sahur. Riwayat Muslim (1096)

Tip 3: Pasang Niat dan Pasang Alarm 

Orang dulu-dulu selalu cakap “pasangan niat nak bangun pukul berapa mesti terus bangun”. Pasang niat ni sejujurnya ikut orang lah. Lepas pasang niat, jangan lupa pasang alarm. Okay bukan sebarang pasang tapi min nak ajar teknik set alarm yang betul.

Set alarm setiap 5 mins dekat phone 2 alarm pertama: gunakan bunyi yang korang selalu set alarm  2 alarm kemudian: gunakan bunyi yang ada vibration kuat (kalau korang tak dengar, at least vibration tu akan kejutkan korang) Alarm seterusnya: gunakan bunyi yang paling kuat + vibration yang kuat 

Tips yang Muzz kongsikan ni mungkin nampak simple tapi korang kena cuba, Insyallah dah tak terlepas sahur lagi.

Sesungguhnya Nabi pernah bersabda:

تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السُّحُورِ بَرَكَةً

Maksudnya: “Bersahurlah kamu semua, sesungguhnya pada sahur itu terdapat keberkatan.” Riwayat al-Bukhari (1923), dan Muslim (1095)

Article thumbnail

90,000 Makanan Makanan Terbuang Setiap Ramadan… Tapi Allah Suruh Kawal Nafsu, Kan?

Pelik tak, bulan yang waktu makannya singkat adalah bulan yang paling tinggi pembaziran makanannya. Bagi sedara dan sedari yang tak mampu bayangkan, satu (1) lori sampah yang besar mampu menampung 10 tan sampah. 9,000 lori sampah bersaiz besar penuh dekat pembuangan makanan sahaja dalam satu bulan. Peliknya, Allah menyuruh umat-Nya untuk bersederhana especially dalam bulan ramadan yang mulia ini. 

Kalau hati sedara-sedari tersentak hati bila baca petikan di atas, maksudnya sedara-sedari antara yang pernah terbuang makanan sewaktu ramadan sebab terbeli lebih dan tak termampu untuk habiskan. Tak apa, ramadan kali ni kita ubah sama-sama. 

Muzz kongsikan tiga (3) tips yang min sendiri dah cuba dan alhamdulillah dapat kurangkan hawa nafsu dari beli melebihi had yang boleh makan.

Tip 1: Sediakan Budget untuk Bazar

Ingat tak dulu zaman sekolah mak ayah kita bagi RM 2 lepastu kita kena survive je dengan apa yang ada? Mungkin dah tiba masa untuk kita bawa balik habit tu ke bulan ramadan ni. 

Korang boleh start budget sehari berapa ringgit yang korang nak gunakan untuk membeli dekat bazar ramadan. Contohnya dalam RM15 atau RM10 tu sebenarnya dah cukup untuk beli makanan dan minuman untuk berbuka. Lepas budget, membeli ikut budget korang.

“Tapi sekarang zaman QR code jadinya susah nak estimate budget”

Kan ada macam-macam ewallet. Ada TNG eWallet, GrabPay, MAE, Ryt Bank and banyak lagi. Asingkan siap-siap berapa budget harian untuk membeli dalam ewallet, insyallah tak terlajak berbelanja

“Kalau ada budget then nak beli apa je?”

Tip 2: 1 Makanan | 1 Air | 1 Kuih/Dessert

Cabaran utama sampai je dekat bazar ramadan ni adalah bau dia. Bau ayam percik, bau nasi arab Chef Ammar, bau tepung pelita Paya Jaras… lemah iman kan?

Tapi hakitkatnya bila dah seharian puasa tu, badan kita dah terbiasa dan lepas makan nasi je terus kenyang perut. Sebab itu satu (1) makanan berat dan satu (1) kuih atau dessert tu sebenarnya just nice dah. Bila dah ada budget duit, insyallah tak terbabas membeli lebih dari kemampuan.

“Walaupun syaitan dah kena ikat, tapi nafsu makan saya masih besar lah”

Tip 3: Bawa Makanan Lebihan ke Masjid @ Surau 

Kalau korang jenis yang memang tak mampu langsung nak kawal nafsu membeli tapi mesti tak habis semua makanan yang korang beli tu… okay ni last solution untuk korang. 

Jangan buang makanan yang korang tak habiskan tu. Instead, masa nak ke tarawih tu bawa makanan yang tak habis and letak dekat meja moreh. Daripada terbuang, insyallah ada yang akan makanan. Pahala sedekah dapat, pahala tak mambazir pun dapat. Jackpot pahala bulan mulia ni. Tapi pastikan makanan yang korang bawa tu bersih, tak disentuh dengan tangan dan masih selamat dimakan. 

Bulan ramadan ni bukan tentang kita seronok berbelanja sahaja tapi kita digalakkan untuk memberi sesungguhnya tangan yang memberi itu lebih baik daripada yang menerima. 

Dalam keseronokkan kita mencuba pelbagai juadah, kanak-kanak di Sudan terseksa dengan kelaparan. Muzz bekerjasama dengan SAPA (Sudanese American Physicians Association) untuk membantu membina hospital di Tawila, Sudan. 30% daripada kanak-kanak dibawah usia lima (5) tahun dalam keadaan Malnutrisi Akut Teruk. Setiap manusia berhak untuk mendapatkan kesihatan yang sempurna, sama juga dengan mereka. 

Hulurkan sumbangan anda melalui MuzzxSAPA. Walaupun sedikit, semoga sumbangan ikhlas ini yang membantu anda di akhirat kelak, amin ya rabbal alamin.

Aplikasi Perkahwinan Orang Muslim
Orang Muslim yang bujang
Aplikasi Orang Muslim yang Bujang
Gerbang Perkahwinan Orang Muslim
Berpacaran islamik
Orang Muslim Syiah
Orang Muslim Ahli Sunah
Berpacaran Orang Muslim
Cinta Arab
Sembang Arab
Aplikasi berpacaran orang muslim
Berpacaran Arab